Pantun Uda Dan Dara
Pantun yang hampir sama dengan pantun untuk remaja tetapigolongan ini telah berubah dan meningkat kepada hampir dewasa,
mereka datang dari alam remaja ke alam belia dan alam belia ke
alam dewasa dan dari alam dewasa ke alam berumahtangga betul
tak? Golongan inilah yang telah hampir layak untuk mengambil alih
tampuk pemerintahan negara dan dipertanggungjawabkan
sepenuhnya atas dosa dan pahala yang mereka lakukan bukan lagi
ditanggung oleh ibu bapa mereka sebagaimana semasa alam
remaja (yang belum baligh).
Nasihat saya kepada anda semua para uda dan dara, ingatlah masa
depan anda dan keluarga anda sendiri (apabila sudah bernikah dan
memiliki anak-anak) adalah di bawah tanggungjawab anda maka
jangan dirosakkan masa depan anda dan mereka dengan kegiatan
yang boleh memberi mudarat kepada semua pihak seperti gejala
penagihan dadah, judi, minum arak, kegiatan dalam golongan yang
bertentangan syari'at agama kita dan banyak lagi!
Jadilah uda dan dara yang berjasa dan memberi guna kepada
bangsa, negara dan khususnya agama kita Islam yang diredai Allah
SWT dunia dan akhirat! Dan jadilah rakyat Malaysia yang bersatu
padu tak kira bangsa, suku kaum dan agama demi kepentingan kita
dan anak cucu kita kelak!
Pesan pujangga:
"Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi
tanyalah, apa sumbangan anda kepada negara"
Lantun melantun kian kemari
Lantun bersama nanti merana
Pantun memantun kita di sini
Pantun uda dan dara diberi nama
Lantun melantun kian kemari
Lamun sidia di senjakala
Pantun memantun kita di sini
Semuga uda dan dara boleh terima
Rasa adil sebar bedak Indah segar menggigil tiada Masa kecil bergelar budak Sudah besar bergelar uda Kata diluah mata dikengit Tangan menggapai kumis menjalar Cinta di sekolah cinta monyit Akan terlerai habis belajar Kata diputus tidak sehala makin meliar duga si dia Cinta di kampus ada tak rela Ingin belajar hingga berjaya Bahu diurut urat berpintal Tadi jatuh cedera melanda Dulu takut mengurat menggatal Kini jaguh dara digoda Mengada-ngada rasa digoda Hendak menayang muka dihala Ada uda berguna berjasa Tak kurang juga keluarga diseksa Jika berlalu bersahaja aksi Beredar bila kerana menyendiri Masa dulu belanja diberi Bergelar uda kena berdikari Jika berjaga meniarap berdiri Kenangan pada si dia dini hari Uda bekerja setiap hari Keinginan ada sedia beristeri Bila dekat tangan diberi Minta suakan kelapa tadi Uda mendapat pasangan dicari Bercinta sakan lupa diri Mula menyapa berdiri di sisi Duga berkisar bincang diajak Ada lupa mencari bini Hingga bergelar bujang terlajak Mula pasti mengapa diri di sini Galakan berdikari upaya menyedarkan Uda mesti ada jati diri Jauhkan diri budaya merosakan Mula bekerja dapat ganjaran Sama berganding capai pendapatan Uda berusaha menamat pelajaran Di menara gading selesai perjuangan Jika sama asah parang diperlukan Segera dipapar persamaan padanan Uda terima ijazah yang diimpikan Mula melamar pekerjaan dikenan Cuba memadam perlu dipercepat Pembatas masa perlu juga diingat Uda memendam satu tekad Membalas jasa ibu bapa dihajat Turun bersahaja jika tidak disapa Meninjau kaedah budak dibedah Tekun bekerja uda tidak terleka Walau didedah hiburan tak berfaedah Kenyataan yang ada mungkin diserah Sebagai pemusatan dalam siasatan Kejayaan uda semakin terserlah Menyelesai kekusutan dalam jabatan Kecepatan kuda melompat di titian Bukan setakat kuda belasahan Kehebatan uda mendapat perhatian Kenaikan pangkat uda dianugerahkan | Rasa bersabar mungkin berpada Bagi berhadapan mentua mengada Dara membesar makin menggoda Menjadi tatapan tua dan muda Rela beralah hindar dosa Kaji laku perlu diutama Bila sudah bergelar dara Diri perlu selalu waspada Bicara remaja perlu dijaga Jangan juga usik mengata Dara bekerja membantu keluarga Jangan leka asyik bercinta Bulan kelam tiada terang Kemana menghilang senja menjelang Berjalan malam dara dilarang Kerana bimbang bahaya mendatang Bicara mengusik kata berdalih Berangan dikala suria beralih Dara asyik bercinta berkaseh Pasangan pula si buaya putih Jualan dijaja supaya dibeli Satu tidak siapa peduli Berjalan sahaja ke sana kemari Membantu emak dara hindari Cara jahitan mesti bermutu Sedia sepuluh agar dibantu Dara pingitan menanti dipintu Tiada jodoh bergelar andartu Tiada jodoh bergelar andartu Baldi belanga ada mutu Kerana takut digelar andartu Mandi bunga itu tak perlu Peniaga asing gila nak sain Canang diri dulu hendak join Keluarga bising bila nak kahwin Pinang lelaki itu tak main Menjaga budi bahagianya dianugerah Bersatulah kita tidak pecah belah Harga diri keluarga bukannya murah Teruslah dara menjaga maruah Letak budi menaruh harapan Dara yakin layak diberi penghormatan Elak diri pengaruh kawan dan rakan Kerana mungkin merosak masa depan Tinjau cara pemantauan Ubah posisi diharap perlahan Walau dara di perantauan Maruah diri tetap dipertahan Kota dan desa sama redup Tanda suria hilang di barat Merata dara berusaha menyara hidup Ada kerja kilang dan pejabat Supaya cara melatih tersemat di hati Memberi panduan seberapa daya Ada antara dara lebih hebat lagi Menjadi usahawan muda yang berjaya Memakai halia kaedah diusaha Petua diamalkan paling asing Ramai dara sudah berjaya Ketua di jabatan masing-masing Dara rasai cabaran dan hambatan Cuba dicapai seusai dihadang Ada kuasai pelajaran dan jabatan Dara menguasai pelbagai bidang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan