Jumaat, 12 Februari 2016

Berbalas Pantun

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Berbalas Pantun

Soalan
Bersama pelihara melihat memerhati
Cegah hilang bijaksana dipunya
Bagaimana cara jadi rakyat sejati
Boleh yang bijaksana terangkannya?

Jawapan
Berperi mencambah rasa yang yakin
Upaya menyata membantu mendedah
Mencari merubah segala yang mungkin
Keduanya mencipta sesuatu berfaedah

Jawapan
Kuah basi walau dimasaknya
Senyum mengubat kuranglah laparnya
Apa lagi kalau bukan kerananya
Sebelum terlambat carilah penawarnya

Soalan
Bersatulah kita negara dicintai
perkara dirancang tekun diamati
Tahukah saudara perkara terjadi
Apa yang memberansang tahun ini?

Jawapan
Bekalan segera upaya disediakannya
mengagih bijak membuahkan hasilnya
Belanjawan negara saya makluminya
Lebih banyak peruntukan antara faedahnya

Jawapan
Salahkah beramai menampi padi
Boleh juga usik rakan diseli
Bukankah ramai kami di sini
Pileh saja mana berkenan di hati

Jawapan
Segalanya ketentuan dari Ilahi
Mengubah tiada ketetapan pasti
Rupanya pertemuan singkat sekali
Begitulah juga harapan kami
Jawapan
Bukan hanya berangan sahaja
Hendaklah sama berikan tenaga
Jangan ditanya sumbangan negara
Semaklah apa sumbangan kita

Soalan
Gagah melekap keupayaan diri
Menjana meralisasi menyerlah pasti
Boleh jawab pertanyaanku ini
Apa makna inovasi dan kreativiti?

Soalan
Kayak dan rakit meredah hutan
Mungkinkah berguna papan rendaman
Banyak penyakit di tubuh badan
Adakah kerana makan dan minuman?

Jawapan
Bekalan diberi membina membaiki
Usahawan segera melangkah jaya
Soalan saudari berteka teki
Belanjawan negara itukah maksudnya?

Soalan
Pelancung diharap damai di sini
Upaya mendedah sifat berbudi
Tolong jawab wahai saudari
Antara faedah rakyat nikmati?

Soalan
Upaya diri kasih sayang sejati
Sudilah lamaran bagi diri sendiri
Saya ini masih bujang lagi
Apakah cadangan dari saudari?

Soalan
Nyata resah bukannya disedari
Terlelap di bangku kain diberi
Kita berpisah hanya di sini
Harap bertemu dilain kali

1 ulasan:

  1. Menggunung jasa Budi belaka,
    Menggarap ilmu menongkah badai,
    Wahai anak muda pasca merdeka,
    Apakah jasamu yang telah tertunai

    BalasPadam