Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Teka Teki

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Teka Teki

Pantun ini hanya untuk hiburan disamping itu mungkin
juga untuk menduga akal selain dihidangkan sebagai nilai
tambah kepada pantun-pantun yang lain, saya harap
kepada yang berminat mengarang pantun berbentuk
menduga akal boleh mengambil contoh dari
pantun-pantun karangan saya ini sebagai prototaip untuk
mengarang pantun-pantun teka teki atau pantun-pantun
berbentuk menduga akal untuk laman web anda.
Lantun melantun kian kemari
Santun Zaki memohon diri
Pantun memantun kita di sini
Pantun tekateki jawapan sekali

Lantun melantun kian kemari
Lantun kena beruk peliharaan
Pantun memantun kita di sini
Pantun hanya untuk hiburan
Jika dipetik tidaklah jatuh
Menerang semua dekat dan jauh
Membantu kita tiadalah mengeluh
Terang tiada payah seluruh

Boleh melihat jauh dan dekat
Jika tiada jalan tersekat
Perlu diguna supaya tak sesat
Panduan kita untuk melihat

Badannya nipis lagilah besar
Persegi dan bulat itulah berkisar
Merata tempat ada dipasar
Selalu diguna dimajlis kecil besar

Ada kecil ada besar
Terdapat di desa juga dibandar
Selesa dan cantik itulah disasar
Jika tiada amatlah sukar

Terang dan gelap ada ketika
Boleh terdapat dimana jua
Memenuhi maksud tujuan kita
Jika tiada sukarlah semua

Panjang dan nipis bentuk badannya
Boleh terdapat dimana jua
Memenuhi maksud tujuan semua
Diguna oleh tua dan muda

Betapa pandangan mudah difahami
Berupaya amati cukup sempurna
Apa cadangan yang boleh diberi
Supaya sel mati hidup semula?

Baru tadi berjalan hilang dipenglihatan
Bagai melayang tidak seperti kebiasaan
Satu lagi soalan yang berkaitan
Apa yang tidak baik jadi amalan?
Diri sedia menjalin masa depannya
Bagi mengesut supaya makin kukuh
Ini tiada lain akan jawapannya
Matahari dimaksud saya yakin sungguh

Kenalan jadi tunang diharapnya
Bukannya berbohong nikah setuju
Soalan ini senang jawabnya
Jawapannya teropong sudahlah tentu

Bila makin mudah menatapnya
Harapan bersama setelah bertunang
Saya yakin boleh menjawabnya
Jawapan saya adalah dulang

Bidalan diberi mengajak bersusilah
Bicara kesopanannya nampak nyata
Soalan ini agak susah sikitlah
Saya rasa jawapannya kereta

Bekalan padi dihimpun dijaga
Lagaknya bukan betul ditolak
Soalan ini pun susah juga
Agaknya bulan betul tak?

Berkali-kali diminta usah disuap
Teringin hanya betik diberi
Soalan ini juga susah dijawab
Mungkin jawapannya pemetik api

Berbulan menjaga sudah lengkap
Harapannya biarlah didikan berarti
Soalan saudara mudah dijawab
Jawapannya ialah makanan nutrisi

Kenapa belum susut semula
Nampaknya susah pada pengamatan
Saya maklum maksud diminta
Jawapannya ialah ubat-ubatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan