Pantun Remaja
Pantun ini diharap mampu memberi tunjuk ajar yang berguna kepada remajasekelian, inilah tujuan saya mengarang pantun ini atas kesedaran bahawa
para remaja kita adalah benteng yang penting dalam usaha membentuk jati
diri kepada mereka dan jenerasi masa depan khasnya jenerasi Islam
terutamanya dan kepentingan negara pada amnya, pelbagai usaha kerajaan
kita dalam memberi perhatian dan pengembelingan sumber tenaga dan
potensi mereka untuk menggantikan pemimpin sekarang yang akan pergi dan
diambil alih oleh remaja sekarang supaya dapat memenuhi kepentingan Islam
dan kepentingan negara serta rakyatnya.
Sudah tentu kita semua mengharapkan setidak-tidaknya ada kesinambungan
corak kepimpinan sekarang atau yang lebih menonjol dengan pembaharuan
yang prograsif yang diharap mampu mereka ini sumbangkan kepada negara
demi memajukan lagi agama Islam dengan menurut lunas-lunas al Quran dan
hadis Nabi SAW khasnya dan negara kita yang tercinta ini amnya. Nasihat
saya kepada para remaja sekelian tidak kira apa bangsa dan suku kaum
supaya anda semua berazam dengan bersungguh-sungguh dalam usaha
meneruskan kejayaan yang ada tanpa sebarang perasaan buruk atau
tindakkan yang boleh mengancam keselamatan negara serta membantutkan
matlamat negara mencapai kemajuan dan kemakmuran untuk rakyatnya,
jangan musnahkan harapan negara kepada anda!
Nasihat saya, berhati-hatilah dengan perangkap dadah dan anasir perosak
dari dalam mahupun dari luar, ingatlah jika remaja rosak maka negara juga
akan turut rosak!
Pesan pujangga:
"Jangan ditanya apakah sumbangan negara untuk anda, tapi tanyalah,
apa sumbangan anda kepada negara"
Lantun melantun kian kemari
Lantun bersahaja sudah sebati
Pantun memantun di laman ini
Pantun Remaja nama diberi
Lantun melantun kian kemari
Tertiarap terluka sembuh tiada
Pantun memantun di laman ini
Harap remaja penyuluh negara
Kasih sejajar mengolah budi Turun menjajar bantu membantu Maseh belajar di sekolah lagi Tekun belajar itu ditumpu Jangan himpit rakan sebaya Mula menyapa meramah mesra Jangan merempit di jalan raya Kerana bahaya melibatkan nyawa Kala senja hanya sementara Guna sembahyang ruang disedia Ketika remaja bukannya lama Masa yang ada guna bijaksana Kenapa puding kekal diusung Pecah lumat tak siapa sukakannya Ke menara gading bakal diharung Itulah matlamat dan tujuannya Kerja menurap di jalan raya demi memberi keselesaan rakyat jelata Remaja dipersiap sedaya upaya Bagi mengganti pemimpin yang ada Lemah gemalai kain diseterika Ubah bagi menyusun rapi Usah lalai bermain saja Usahalah mencari kehidupan berarti Kerja merapi sama diselenggara Kain sulapan tiga haluan Remaja hadapi dua gelora Selain kawan juga perempuan Memagar dari pelbagai gejala Waspada berhemat selagi upaya Mendaftar diri sebagai sukarela Remaja berkhidmat demi negara | Secawan kopi disua Lebai tadi Ajar budak pasal mandi Berkawan jangan sampai lupa diri Agar tidak menyesal nanti Peralehan wajib kita rencana Masa hadapan tertip dijana Latehan PLKN wajib laksana Remaja harapan nusa bangsa Gagah berusaha remaja bekerja Memunggah pasu bagi tuannya Usah sia-sia masa yang ada Tuntutlah ilmu selagi terdaya Mengapa memerap di kala senja Akan mengada-ada jalan duka Remaja diharap menyara keluarga Jangan sia-sia harapan ibu bapa Buku dibaca cerita ceria Pagi kelmarin dibaca lapan muka Ibu bapa berusaha sedaya upaya Bagi menjamin masa depan remaja Waspada bukan perkara sia-sia Elak jurang penyebab petaka Ada kawan membawa bahagia Tak kurang membawa celaka Makan saja apa yang ada Sendawa alamat berhenti menjilat Jangan derhaka pada ibu dan bapa Supaya selamat dunia dan akhirat Akan celaka jika terpedaya Bahaya direncana petualang negara Jangan derhaka pada negara Supaya bencana tak timpa kita |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan