Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Pengantin

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Pengantin

Pantun ini berupa cerita pertemuan, perbincangan atau permuafakatan antara
pihak lelaki dan perempuan untuk melansungkan majlis pernikahan, tentang
kesibukkan persiapan, tentang kesibukkan semasa majlis berlansung dan
tentang suasana setelah selesai majlis, juga saya memuatkan sedikit pantun-
pantun yang berbentuk nasihat untuk memberi kesedaran betapa pentingnya
kita kembali kepada ajaran Islam dalam melaksakan majlis supaya mendapat
keberkatan dari Allah SWT.

Dalam menjayakan majlis hendaklah kita memperhatikan apakah majlis
pernikahan yang kita rancang memenuhi kehendak Allah SWT kerana kita
wajib bersegera untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT bukan saja
untuk kedua mempelai bahkan untuk anak-anak yang akan mereka perolehi
nanti! Kita harus sedar ukuran keberkatan dan keredaan Allah SWT bukan
besar atau kecilnya sesuatu majlis akan tetapi keberkatan datang apabila kita
mematuhi perintah dari Allah SWT tuhan Yang Maha Pencipta yang mana kita
semua akan berhimpun atau dihimpunkan di hadapanNya di padang Masyar
kelak untuk menerima balasan akan apa yang kita kerjakan semasa di dunia
ini!


Lantun melantun kian kemari
Bunga manggis merata di bawah
Pantun memantun kita di sini
Laksana majlis cara berkhemah

Lantun melantun kian kemari
Lukis takut murka Allah
Pantun memantun kita di sini
Majlis ikut cara agama

Pancang memancang bergema kini
Tukang menukang barulah dituruti
Rancang merancang sesama sendiri
Tunang bertunang itulah diikuti

Dari rumbia salin pelikat
Mula menyimpan sepatu raya
Hari bahagia semakin dekat
Segala kelengkapan perlu disedia

Pasti bersua pulang raya
Ramah berkias uda dan dara
Hari bahagia menjelang tiba
Rumah dihias bonda dan saudara

Belek membelek lepas tak faham
Kosek mengosek satu talam
Solek menyolek kerja mengandam
Usek mengusek itu disulam

Berborak hingga hari senja
Kerana bercakap bersulam cerita
Berdebak berdebuk hati dirasa
Kerana mengadap Pak Imam tercinta

Padi rumbia ditampi-tampi
Isi keladi beremi dan turi
Hari bahagia dinanti-nanti
Resmi jadi suami isteri

Selesai berpakat selesai perundingan
Duduk beradap malu berjelingan
Selesai berakad diadakan hidangan
Untuk dijamu tetamu undangan

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga

Mengagak menduga terlerai masaalah
Banyak membilang niat dan helah
Gegak gempita selesailah sudah
Tidak kepalang penat dan lelah

Banyak merata hanya disini
Jarang dijaja kini kembali
Tidak terkata gembiranya hati
Orang disuka berada di sisi

Beria bercakap diintai keluarga
Petah bercerita teman semua
Bahagia diharap sampai ke syurga
Itulah dicita dan idaman oleh kedua

Berperi-peri madah diberi
Harap nanti saling mengerti
Berseri-seri wajah isteri
Menatap suami baring di sisi
Pengumuman merisek mula dimeterai
Supaya huraian difahami semua
Senyuman melerek kedua mempelai
Bahagia menjelma impian jadi nyata

Setuju bermalam patuh diberi
Nantilah pulang di hari selasa ini
Bersatu di malam penuh suci
Inilah yang dinanti selama ini

Mengapalah benak meracau kini
Adakah kerana hajat tak menjadi?
Setelah onak dan ranjau dilalui
Barulah kini menyatu dua sejoli

Penantian kini tiada lagi
Salam bahagia bersulam senda
Menanti suami berada di sisi
Malam bahagia malam pertama

Saudara tetamu belumlah berangkat
Caranya makin meleka menyakat
Bersenda berjamu itulah niat
Rasanya mungkin mereka nak sekat

Guling bantal diberi menantu
Esok balik minta dikunjung
Paling nakal si isteri baru
Masuk bilik minta dikendung

Risikan berperi sungguh dinanti
Memberi ikrar patuh menyatu
Bisikan suami penuh berarti
Isteri mendengar sungguh mengharu

Berhenti di sini berhari-hari
Bila pulang tepatkan janji
Berjanji suami berperi-peri
Apa yang dihajat akan diberi

Bagi penuhi segala janji
Bukan seperti pagi tadi
Isteri berjanji kepada suami
Akan menjadi isteri sejati

Mengapa tidak diperhati budak ini
Perlulah bersemangat dalam diri
Menjaga hak suami dan anak nanti
Begitulah tekad dan azam si isteri

Bayangkan faedah akan kita tempah
Sedia mencapai peringkat tertinggi
Senang dan susah sama dilapah
Kedua mempelai mengikat janji

Menjelma kini si dia bidadari
Bakal menyedia rumah jadi berseri
Sebagaimana suami, isteri juga hajati
Kekal bahagia tak pisah sampai mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan