Pantun Pendatang
Lantun melantun kian kemariLantun terlentang tak sedar diri
Pantun memantun kita di sini
Pantun pendatang sajak diberi
Lantun melantun kian kemari
Luka berlaga sesama sendiri
Pantun memantun kita di sini
Ada berguna ada tak dikehendaki
Pantun pendatang ini saya karang bercampur aduk antara bangga dan bimbang dengan
limpahan kehadiran mereka di negara kita Malaysia yang aman dan makmur ini.
Bangga kerana kehadiran mereka boleh membantu negara mencambah ekonomi yang
lebih giat dan juga membawa masuk wang untuk sektor pelancungan, institiusi-institiusi
pengajian tinggi dalam negara dan juga untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor-
sektor tertentu dan sumbangan kepakaran mereka dalam bidang teknoloji tinggi seperti
untuk Lembah Silikon atau Cyberjaya dan pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain.
Bimbang kerana ada antara pendatang ini mempunyai dua peranan yang berbeza!
1. Sebagai pelabur atau pakar dalam sektor perniagaan atau pekerjaan
2. Penghasud dan penyebar fahaman sesat lagi menyesatkan
Antara mereka ada yang menghasud rakyat supaya membenci kerajaan dan
menggalakkan rakyat supaya bangkit menentang kerajaannya sendiri yang didalangi oleh
mereka yang terdesak untuk mendapat kuasa tanpa memperdulikan nasib masa depan
anak bangsa sendiri, dan ada yang menyebarkan fahaman syiah!
Satu puak menyebarkan fahaman kebebasan beragama dengan membuat pengakuan
semua agama sama, samaada menyembah Allah SWT atau menyembah syaitan
laknatullah boleh masuk syurga asalkan ikhlas, dan satu lagi menyebarkan fahaman syiah yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALLAH Subhanauataallah seperti kahwin kontrak atau zina halal dan fahaman dajjal sebagai Imam Mahadi dan banyak lagi fahaman sesat lagi menyesatkan oleh kedua golongan ini! Jika kedua-dua fahaman ini berjaya mempengaruhi sebahagian besar rakyat, anda boleh bayangkan sendiri apa yang akan berlaku kepada negara kita ini!
Saya berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT selamatkan negara kita dari ancaman
golongan ini dan saya juga berdoa kepada Allah SWT semuga para pembaca ebuku
MyPantun ini mampu berfikir secara matang serta memberi perhatian sepenuhnya dalam
memahami apa yang saya utarakan ini
Gula-gula Batang Benar Sama-sama harus disuap Mula-mula datang belajar Lama-lama terus menetap Memakai suasa memakai mutiara Toleh berat tak semena-mena Berbagai bangsa berbagai negara Boleh dilihat di mana-mana Lada dibuang kari diguna Lada muda basah itulah disuka Ada yang datang memberi guna Ada juga yang menyusahkan kita Peluang bersaing sudah disua Segala usaha semakin membuah Pendatang asing melimpah luah Mencuba nasib di negara bertuah Koleh dibuat timba perigi Bersua suasa mula disedari Boleh dilihat di negara ini Semua bangsa ada di sini Lada ditumbuk si lada basah Lada muda jangan diperam Ada yang masuk secara sah Ada juga secara haram Datang berteman sama dimasyhur Pulang nanti berseorang diri Pendatang direman kerana terlanjur Dihantar pulang ke negara sendiri Berperi-peri bukan meneka Upaya mengagak pasal diminati Berhati-hati dengan mereka Supaya tidak menyesal nanti | Haluan membujur kurang di taman Bersiar tadi kerana menyendiri Pengakuan jujur seorang Jerman Malaysia menjadi pilihan hati Berpada-pada leka melakar Mengalas lengan agar tak calar Ada antara mereka yang pakar Bertugas dengan syarikat besar Berjela-jela luka hendak membesar Cuba berubat jarum disuntik Ada antara mereka tidak pakar Berkerja sebagai mamat kontrak Rakan belanja roti burger Tapi piza pula yang diminta Bukan sahaja mereka berkerja Tapi ada juga yang berniaga Bilik kenamaan Bunga Raya Sudah masyur di KLIA sana Di sebalik projek binaan bermula Rumah kongsi juga dibina sama Yang paling kekal bukit hitam Berteduh kalau sudah kemari Yang paling nakal si kulit hitam Bergaduh walau salah sendiri Mula menyantap rebus keladi Pinggan dulang segera diberi Suka menetap terus di sini Enggan pulang ke negara sendiri Antara mereka ada agenda Merosak negara cara sembunyi Waspada kita kepada mereka Jarak cara hubungan peribadi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan