Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Paradigma

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Paradigma


Pantun paradigma, pantun ini saya karang untuk memberi gambaran apakah
dia maksud paradigma yang sebenarnya, apa yang saya tahu paradigma
adalah bermaksud cara pemikiran yang dinamik yang mungkin boleh
memberi penghasilan yang lumayan (jika kita mengasah cara berfikir kita)
atau boleh membantu mempermudahkan lagi hidup sendiri dan orang ramai
dengan penghasilan barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu barangan
yang telah sedia ada kemudian dikilangkan semula atas pengubahsuaian
tersebut!

Paradigma juga sinonim dengan enovasi dimana mereka yang ada sikap
atau berfikiran paradigma ini berfikir secara terbalik yang mampu mencari
dan memperbaiki sesuatu barangan atau kemudahan yang sedia kepada
yang lebih efektif dan lebih banyak manfaat dari yang asal atau mencipta
sesuatu yang baru, ini berbeza dari cara berfikir orang ramai atau orang
biasa yang hanya tahu menggunakan sesuatu barangan atau kemudahan
tersebut.tanpa mampu berfikir sebagaimana cara mereka berfikir!
Sesuai dengan perintah Allah SWT yang banyak terdapat di dalam al Quran
memerintahkah kita supaya memerhati dan memikirkan kejadian alam
ciptaanNya ini termasuk apa yang Allah SWT tetapkan kepada manusia
dalam rekaan dan ciptaan kerana manusia juga termasuk makhluk
ciptaanNya dan sebahagian dari alam ciptaanNya!

Dengan adanya ciptaan orang lain yang Allah SWT kurniakan kelebihan
kepadanya, mempermudahkan kita mencontohi, mencipta atau membaiki ciptaan mereka.
(Semua ciptaan manusia bersumber dari alam dan al Quran)

Sebelum saya terlupa, apa yang manusia cipta berdasarkan apa yang
diizinkan Allah akan kejayaan ciptaan tersebut, tanpa izin Allah mustahil
manusia mampu mencipta walau apa pun ciptaan!

Lantun melantun kian kemari
Santun Salmah menyerlah sendiri
Pantun memantun kita di sini
Pantun paradigma itulah diberi

Lantun melantun kian kemari
Lantun tertiarap luka melanda
Pantun memantun kita di sini
Pantun diharap membuka minda

Melakar harapan puncak terbina
Tekun bekerja kerap cetus idea
Biar cabaran banyak menimpa
Namun usaha tetap diterus juga

Mencapai perjuangan berwawasan
Tekun memburu faedah diserlah
Berbagai halangan datang berterusan
Namun aku tidak menyerah kalah

Upaya memberi banyak bukti
Pasti perolehi tujuan dicapai
Usaha kaji selidik tidak berhenti
Bagi memenuhi keperluan ramai

Layak disiar idea bermutu berkala
Memberi pengetahuan bentuk isinya
Tidak dibiar idea berlalu begitu saja
Mencari penyelesaian untuk hasilnya

Banyak terbukti berkat kesabaran
Membina idea nyata berkesan
Tidak berhenti sekerat jalan
Mereka dan mencipta berterusan

Sedia maklumat berperingkat berkala
Turut disediakan pengukuh kewajaran
Bersedia berkhidmat semangat waja
Menyahut cabaran menempoh dugaan

Seperti petir juga selayang kilat
Banyak faedah jika mampu didedah
Memerhati memikir apa yang dilihat
Tidak pernah jemu dan merasa lelah

Pejuang sasa sedia bila-bila masa
Memahat cita-cita dan juga usaha
Sepanjang masa bersedia berusaha
Mencatat idea di mana saja dijumpa
Orang kota tentu tak bakhil
Selalu sedia tak mungkin berdalih
Orang kata itu mustahil
Aku pula yakin boleh (dgn.izin Allah)

Sarang anai usah dibakar
Jungkit sahaja hanya sekejap
Yang ramai bukanlah benar
Sedikit pula bukannya silap

Gerangan sakit diri dibedah
Batang cermai tiada gunanya
Kalangan sedikit memberi faedah
Yang ramai pula menggunakannya

Biar menyemai petua dikelek
Ingat disebar akan bahaya
Biar ramai ketawa mengejek
Semangat berkobar teruskan usaha

Nanti sahaja setelah berdalil
Tiada pasti lahir semua
Pasti berjaya bukanlah mustahil
Masa dinanti pasti lahir juga

Bakal isteri sampai kebetulan
Simpoh sopan itulah dikenan
Cekal berani sebagai bekalan
Tempoh cabaran arah berlainan

Pelaksanaan arti tiada penangguhan
Mencungkil halangan mengubah nilai
Kebijaksaan menjadi kesungguhan
Menghasil barangan menambah nilai

Barangan turut diteliti penggunaan
Membina pembaikannya jika kaitan
Jangan takut hadapi cabaran
Kerana hasilnya amatlah lumayan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan