Pantun Keluarga
Jika Anda seorang suami, anda seharusnya atau lebih tepatlagi wajib bagi anda memimpin isteri anda menjurus ke arah
wanita/isteri yang solehah! Ajarlah dia dengan ilmu-ilmu agama
dan ajaklah dia sama-sama mendirikan solat 5 waktu.
Jika anda seorang isteri, wajiblah bagi anda mentaati suami
anda tanpa berbelah bagi lebih-lebih lagi jika suami anda
seorang yang taat kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali anda
derhaka kepada suami kerana derhaka kepada suami, maka
nerakalah tempat anda diami.
Jika anda seorang anak, wajib bagi anda mentaati kedua ibu
dan bapa anda, jaga dan sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyanyangi anda. Jangan sekali-kali anda
melukakan perasaan mereka tapi sebaliknya hendaklah anda
menyukakan hati mereka.
Ingatlah sebagai anak kita tidak mampu membalas jasa-jasa
mereka kerana jasa mereka kepada kita amatlah besar yang
semamangnya tidak mampu kita membalasnya, kita hanya
berpeluang berbakti dengan berbuat baik kepada mereka dan
orang-orang yang mereka sayangi!
(Tahukah anda, bahawasanya keluarga kita bukan saja
semasa di dunia? Bahkan kita akan berkumpul semula di
Akhirat (berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT!)
Jaga selia janganlah leka
Pantun memantun kita di sini
Semuga keluarga hingga ke syurga
antun melantun kian kemari
Lantun berlaga bersama-sama
Pantun memantun kita di sini
Pantun keluarga diberi nama
Antara mentua juga keluarga Riak diatur itulah utama Antara kedua ada tak kena Bertolak ansur begitulah cara Kulit gelembung terkena onak Afiat diharap dari Mak Limah Sakit mengandung derita emak Zuriat diharap menyeri rumah Antara petua senaman diguna Untuk menjamin sihat sentiasa Derita sengsara dikandung jua Janin membesar membawa bahagia Jika dikerat kepala udang Keratlah sekali kerapu dan tongkol Jika berat mata memandang Beratlah lagi bahu memikul Jangan berjalan ditengah hari Berteduh berlindung elak matahari Sembilan bulan sepuluh hari Tempuh mengandung perlu dilalui Belum pasti jauh perjalanan Diri dibayangi wajah isteri Bapa menanti penuh debaran Isteri disayangi sudah berisi Kelapa tertiarap hala kedepan Sabut perlu tidak kecukupan Bapa bersiap segala kelengkapan Menyambut kelahiran anak harapan Siapa kata kaya berniaga Berangan saja tiada dikota Bapa berusaha membahagia keluarga Dengan menyedia segala diminta | Sekian lama melayari bahtera Janji diikat bersatu setia Usah leka melayani gelora Pasti tersekat buntu melanda Pekan indah terus berjaga Ehwal islam ustaz ceramah Bukan mudah mengurus keluarga Kawal dalam lafaz berkhemah Perihal senandung ria diolah Hasnah budak muda dan montok Awal mengandung loya dan muntah Kerenah budak mula membentuk Bubur berangan enak dirasa Anak dipangku nyenyak tidurnya Gugur kandungan emak terseksa Anak ditunggu tak lahir ke dunia Bidan tua sukalah menjahit Labuh kain diangkat sedikit Berbadan dua terhentilah haid Tubuh sihat berganti sakit Sayuran salat tahu dan ikan Antara campuran sajian makanan makanan berzat perlu diamalkan Selain senaman menyihatkan badan Berihat faktor selalu dijaga Bentuk jadual jadikan rutin Nasihat doktor perlu disegera Untuk kesihatan diri dan janin Tangan sebelah dibahu kiri Upaya juga menyedia segala Tanggungan bertambah perlu tangani Supaya keluarga bahagia sempurna |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan