Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Latah

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Latah

Hasil kajian oleh pakar saikoloji mendapati bahawa
berlakunya latah adalah kebanyakkan dari sebab keturunan
dan selain itu berpunca dari sifat mudah terperanjat dan ada
juga yang disebabkan oleh kerana mengajuk orang lain
melatah sehingga berjangkit padanya dan kekal kepada
orang tersebut, sikap suka melatah atau terlatah ini didapati
banyak berlaku di kalangan orang perempuan tetapi jarang
berlaku kepada lelaki dan berlakunya pula di kalangan orang asia.

Nasihat saya, anda tidak melampau mengusik mereka
kerana mungkin akan menyebabkan mereka kepenatan yang
amat sangat jika tidak dikawal mungkin juga boleh
membahayakan diri mereka dan anda sendiri!



Lantun melantun kian kemari
Lantun usah sampai tak sedari
Pantun memantun kita di sini
Pantun latah nama diberi

Lantun melantun kian kemari
Buang sebelah bukan di sini
Pantun memantun kita gemari
Orang melatah jangan dikasari

Sedang mengah diri Mak Norah
Budak tadi main acah-acah
Pantang disergah pasti dia melatah
Tak berhenti melain ditegah

Berderau darah Mak Norah disapa
Kenapa bukan disebut nama
Kalau sudah latah melanda
Apa dilakukan diikut sama

Menurut kata semua suka
Mencemik muka sepadan disua
Disebut bersama apa dikata
Bersolek juga bukan sengaja

Potong getah bulan ketiga
Getah jerut usah dihala
Orang latah bukan sengaja
Mudah terkejut itulah angkara

Lada sula harap dibelikan
Suka cuka sebab kemasaman
Ada kata sebab keturunan
Ada pula sebab makanan

Usah dipadan sebelum bersua
Kerana mungkin beza sekali
Latah bukan kaum hawa saja
Terkena juga kepada lelaki

Perlahan cerita perkara sedih
Adegan lampau terdetik semula
Kasihan mereka kerana letih
Jangan melampau usik mereka

Berwaspada membisik mengata
Padah kelak dapat malu
Berpada-pada mengusik mereka
Pelatah tak sedar apa dilaku

Buang itu dan buang ini
Apa dilakukan bukanlah sengaja
Orang itu dan orang ini
Semua sukakan telatah dia

Memapar budak turut dibuat jua
Malah berperi-peri membelek sama
Dikejar Mak Norah cabut semua
Latah menjadi-jadi diusek saudara

Sekuat mana badang sendawa
Cerita digarap penghibur saja
Membuat semua orang ketawa
Mak Norah bagai penglipur lara

Memanglah suka kehadirannya
Terbayang dirinya ada bersama
Melatah ada kelebihannya
Yang bersedih jadi gembira

Mula menyangka setelah sedari
Hendak meniarap tapi tersilap
Apakah punca latah terjadi
Banyak sebab dan musabab

Berpada-pada mengata mengejek
Supaya ceria tak jadi duka
Ada kala mereka rela diusik
Ada masa tak sudi pula

Kalau terdampar di pulau labuan
Rakit ada tak perlu curiga
Kalau ditampar pelatah perempuan
Sakit mungkin tak begitu dirasa

Bencana bukan tidak diduga
Semua sudah dimaklumi bersama
Waspada jangan terlampau suka
Ada masa mendatangkan bahaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan