Pantun Kahwin Tak Jadi
pakar tentang induknya maka dibatalkan cadangan perkahwinan
tersebut, akan tetapi trajedi yang menyayat hati jika melibatkan
hubungan sesama manusia dalam cinta dan kasih sayang yang
sudah mesra dan hampir melansungkan ikatan pernikahan dan
hidup serumah seperti dirancang tapi tidak dapat diteruskan
atas sebab-sebab antaranya mungkin pihak lelaki mungkir janji
atau mungkin pihak perempuan mungkir janji atau mungkin
berlaku kematian salah seorang dari mereka!
Sungguh kasihan pada, mereka saya mengambil kesempatan
mengucapkan takziah jika semasa anda membaca eBuku ini
anda seorang mangsa keadaan ini dan maafkan saya jika
tulisan ini menyentuh perasaan yang telah lama berlalu tapi
kembali mengganggu bila membaca tulisan ini, saya doakan
anda mampu bersabar dan nasihat saya jangan sekali-kali anda
berputus asa dalam menjalani kehidupan ini semua yang
berlaku adalah ketetapan dan ujian dari pencipta kita Iaitulah
Allah SWT.
Lantun melantun kian kemari
Kain koyak tepi terkait duri
Pantun memantun kita di sini
Kahwin tak jadi nama diberi
Lantun melantun kian kemari
Muga dikhabar seperti siaran
Pantun memantun kita di sini
Muga bersabar hadapi cabaran
Bercerita sakan sampai terbabas Tinggi sarang si burung kedidi Bercinta sakan bagai belangkas Tapi sayang kahwin tak jadi Berenang lama padah sejuknya Tadi berbincang lain dituruti Bertunang lama sudah waktunya Tapi sayang kahwin tak jadi Berdua menyantap nasi beriani Kopi terhidang lain dihajati Semua dah siap menanti Tapi sayang kahwin tak jadi Risikan saudara sudah berkali Memberi bayang setuju di hati Bisikan mesra sudahlah lali Tetapi sayang kahwin tak jadi Sakan berharap memecah sunyi Diri membayang bahagia dekati Kawan bersiap ke rumah kenduri Tapi sayang kahwin tak jadi Ketara semua berpakat bersekali Demi merancang anak dikasehi Antara kedua lama mengikat janji Tapi sayang kahwin tak jadi Demi cinta layak berkecuali Nanti datang dilain kali Budi dan harta banyak diberi Tapi sayang kahwin tak jadi | Berlawan berlaga bersama-sama Tinggi sarang si burung kedidi Berkawan bermesra sudahlah lama Tapi sayang kahwin tak jadi Kemaraan banjir sampai kemari Tinggi sarang si burung kedidi Kemesraan dipamir di sana sini Tapi sayang kahwin tak jadi Ruang ditampung kedua setuju Berarti kurang cahaya matahari Orang kampung semua dah tahu Tapi sayang kahwin tak jadi Membelai mesra wajah dipandang Tetapi sayang lain di hati Ramai saudara telah bertandang Tapi sayang kahwin tak jadi Berjalan Bedah mengkhabar berita Bagi bertandang ke rumah nanti Jemputan telah disebar merata Tetapi sayang kahwin tak jadi Hati ceria berperi-peri Hari dinanti tak lama lagi Hari bahagia dinanti-nanti Tapi sayang kahwin tak jadi Kasehan di hati tanpa temberang Tadi datang Awin seorang diri Pilehan sendiri betapa disayang Tapi sayang kahwin tak jadi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan