Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Kahwin Jangan Tak Kahwin

Pantun ini berdasarkan kepada perkara yang menyentuh mengenai
hubungan sesama manusia, hubungan haiwan dengan haiwan dan
hubungan tanaman dengan tanaman, kurang jelas maksud saya?

Baiklah biar saya jelaskan maksudnya, jika kita menyentuh tentang
hubungan sesama manusia berkenaan kahwin orang Islam kalau
nak kahwin mesti bernikah dahulu kemudian barulah boleh kahwin
kerana nikah berarti kita mengikut perintah Allah SWT dalam
menyatukan antara lelaki dan wanita (kahwin) untuk tujuan
mengembang biakkan manusia menurut ketetapanNya, sementara
untuk mengembang biakkan haiwan dan tumbuhan hanya dengan
mengkaji dan mengambil keputusan yang tepat untuk
mencantumkan kedua-dua baka supaya penghasilannya bertambah
beberapa kali ganda. Betul tak?


Lantun melantun kian kemari
Kain, bukan lain hendak diberi
Pantun memantun kita di sini
Kahwin, jangan tak kahwin disukai

Lantun melantun kian kemari
Cuba kain salinan di majlis
Pantun memantun kita di sini
Muga kahwin berlainan jenis
Kahwin jangan tak kahwin
Kalau budak benggali halau kibas
Kahwin jangan tak kahwin
Kalau tak nanti engkau melepas
Kahwin jangan tak kahwin
Bumi dilanda dek ribut salji
Kahwin jangan tak kahwin
Suami mengada nak kahwin lagi

Kahwin jangan tak kahwin
Budak lain lupa join
Kahwin jangan tak kahwin
Anak kahwin bapa pun kahwin

Kahwin jangan tak kahwin
Bini resah sain disogok
Kahwin jangan tak kahwin
Ini kesah kahwin pokok

Kahwin jangan tak kahwin
Kain dicampur dalam baldi
Kahwin jangan tak kahwin
Kahwin campur siapa peduli

Kahwin jangan tak kahwin
Berlian disalin tidak menjadi
Kahwin jangan tak kahwin
Durian kahwin enak sekali

Kahwin jangan tak kahwin
Sain bini minta lagi
Kahwin jangan tak kahwin
Kahwin lagi enak sekali

Main jangan tak main
Halau budak main tepi telaga Balqis
Kahwin jangan tak kahwin
Kalau nak kahwin mesti sama jenis
Kahwin jangan tak kahwin
Kejap ada kejap tak ada
Kahwin jangan tak kahwin
Sedap ada sakit pun ada

Tempat dipanggil Kota Sarang Semut
Tempat berkumpul semua semut
Sampai menggigil hendak menyebut
Lain disuruh lain yang disahut

Kahwin jangan tak kahwin
Ini kisah jangan ambil pusing
Kahwin jangan tak kahwin
Lembu kahwin dengan lembu asing

Kahwin jangan tak kahwin
Dulu sain suami lupa diri
Kahwin jangan tak kahwin
Lembu kahwin sama sapi

Kahwin jangan tak kahwin
Menantu mak sudah berisi
Kahwin jangan tak kahwin
Melayu mamak bagai serasi

Kahwin jangan tak kahwin
Budak budak mana boleh kahwin
Kahwin jangan tak kahwin
Suami hendak isteri sain

Kahwin jangan tak kahwin
Walau lain semua setempat
Kahwin jangan tak kahwin
Kalau kahwin jangan lebih empat

Main jangan tak main
Bukan main adegan engkau dedah
Kahwin jangan tak kahwin
Jangan kahwin dengan mak nyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan