Pantun Janda
Fenomena yang hampir sama dengan nasib duda, mereka bercerai
mungkin kerana suami meninggal dunia, mungkin kerana suami
curang, mungkin kerana tak rela dimadu, mungkin kerana diri sendiri
curang atau mungkin kerana tempoh jodoh antara mereka suami
isteri habis bernoktah atau entah apa, apa lagi sebabnya hanya
Allah yang mengetahuinya dan mereka sendiri yang tahu sebab
musababnya kerana berlakunya perkara ini adalah kepada mereka sendiri.

Lantun melantun kian kemari
Lantun terkena muka sendiri
Pantun memantun kita di sini
Pantun janda nama diberi
Lantun melantun mengapa begini
Pantun janda nama diberi
Pantun memantun kita di sini
Semuga janda wajah berseri
Rakan membelai suasana redup Tadi rapat bukannya sempit Bukan bercerai semasa hidup Suami wafat kerana sakit
| Bila-bila masa sebut senada Harap ceria seperti sediakala Tiba-tiba saja ribut melanda Menyebabkan dia menjadi janda Mula semula menyemai biji Teliti dijaga sampai baja dibeli Cuba digoda ramai lelaki Tapi si janda pandai menjaga diri Menjamu tokoh tekun dilaku Tadi diminta ketupat dibeli Bertemu jodoh tahun yang lalu Menjadi janda cepat sekali Kuda melulu payah didekati Berasak-asak berlari kemari Janda bertemu si buah hati Anak-anak kini terbiar sendiri Kerisek kelapa tadi diminta Kalau tiada, hilang lemaknya Membisek menggoda si lelaki buaya Namun si janda mampu menilainya Mula merebus jamu di tungku Bedah minta bila berkunjung nanti Si janda terus tak jemu menunggu Bilakah menjelma si jantung hati Bermadah selalu disekali Tanda seni sudah bersemi Setelah lama jemu menanti Janda kini sudah bersuami |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan