Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun IT Dan Multimedia

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun IT Dan Multimedia

Pantun ini saya kerana saya begitu teruja dengan kecanggihan
dan kepesatan kemajuan IT dan multimedia, tren begini boleh
membantu setiap orang yang berhasrat memiliki alat teknoloji ini
samaada untuk kegunaan sendiri, untuk pembelajaran, mencari
peluang perniagaan dengan memasarkan barangan orang lain
atau barangan sendiri, mencari maklumat dan banyak lagi
kegunaan lain yang bergantung kepada keperluan anda sendiri,
yang pentingnya untuk menggunakannya tidaklah sesusah dan
harganya tidak semahal masa mula-mula teknoloji ini
diperkenalkan kepada kita.

Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk manfaatkan
teknoloji ini untuk kepentingan dan kemaslahatan hidup anda,
tetapi tolong jangan disalah gunakan peluang ini untuk perkara-
perkara yang tidak berfaedah untuk diri sendiri atau untuk orang
lain!


Lantun melantun kian kemari
Lain kali berkhemah diperaga
Pantun memantun di laman ini
Selain IT paradigma pun ada

Lantun melantun kian kemari
Lantun di tepi semula terjadi
Pantun memantun kita di sini
Pantun IT Multimedia kita dekat


Menguji antara awal menyedia
Keruan jadi bila terabur
Strateji antara asal mula
Bantuan universiti segala diatur

Perlahan teliti jika susah
Suntuk kerana jamuan dicelah
Kemudahan teknoloji dibuka didedah
Untuk menjana kemajuan menyerlah

Teman suib tidak mengomil
Kerana bicara teliti disemat
Laman web borak dan email
Antara cara mencari maklumat

makin berseri uda dan dara
Sukar disisip kata ceria
Enjin pencari antara diguna
Menyebar web serata dunia

Baiki enjin masa lapangnya
Setelah muatan susah dibawa
Menjadi ejen antara peluangnya
Menambah pendapatan mudah diusaha

Ladang baru kita terokai
Tiada merumput dan bermain api
Bidang baru kita kenali
Ada menyambut ada menyepi

Angkara madat akta dibuat
Kerana bahaya mula menular
Cakra padat cakra liut
Antara cara media disebar

Angkara madat akta disebut
Akta lepas tiada kesannya
Cakra padat cakra liut
Cakra keras sama gunanya

Akta baru adil gubalannya
Tapi gusar oleh gelabahnya
Cakra dulu kecil muatannya
Kini besar banyak kelebihannya

Kacau baulu bahan disedia
Isi diubah pada acuannya
Kalau dulu perlahan saja
Kini tambah laju pemacuannya

Semakin kedepan bukan menyerlah
Utara perasaan berat didedah
Menyalin menyimpan dan mengubah
Antara kegunaan sangat berfaedah

Sukar berborak segan bicara
Bungkam bertambah kerana serlahan
Gambar bergerak dan bersuara
Merakam mengubah antara kelebihan

Saudara mara jadi panduan
Kerana kejadian telah menodai
Antara cara menjadi jutawan
Mencipta perisian usah diabai




Tiada ulasan:

Catat Ulasan