Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Duda

eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Duda

Al kisah pernikahan yang pendek umurnya, pelbagai
punca terjadinya perpisahan yang amat menyayatkan
antara pasangan suami isteri, sedang kebahagiaan baru
saja dikecapi bila dengan tak semena-mena ribut datang
melanda mungkin berpunca kerana kematian isteri,
kecurangan isteri, campur tangan keluarga isteri dan
mungkin juga salah sang suami sendiri yang bermain
kayu tiga, entahlah dunia, dunia..


Lantun melantun kian kemari
Lantun di beranda sebelah sana
Pantun memantun kita di sini
Pantun Duda itulah nama

Lantun melantun kian kemari
Tetaplah sama mara melanda
Pantun memantun kita di sini
Harap taklah lama menduda



Balang retak sampai kat sini
Elok dibiar tak guna lagi
Bujang terlajak ramai sekali
Sibuk belajar lupa beristeri

Batang balak batang jerami
Mula dibeli dari Bali
Bujang terlajak tak kahwin lagi
Bila nak beristeri tak tahu lagi

Batang balak turut diniaga
Bersih sendiri larat sekali
Bujang terlajak lanjut usia
Masih mencari setakat ini

Batang balak dibuat rakit
Memaku bendera di sebelah sana
Bujang terlajak bukan sedikit
Berlaku kerana peredaran masa

Batang balak perlu diselia
Tentu berharga bila dijaga
Bujang terlajak selalu berusaha
Membantu keluarga perlu diutama

Balang retak sesama sendiri
Akibat jatuh setelah dibeli
Bujang terlajak lama menyendiri
Berat jodoh itulah terjadi

Balang retak dingin sekali
Setelah lama dibiar di malam hari
Bujang terlajak ingin beristeri
Entah bila tercapai hajat di hati

Batang balak beringin diberi
Kuda padi tak sepadan menghela
Bujang terlajak ingin beristeri
Ada yang sudi tak berkenan pula

Balang retak banyak sekali
Cawan pula terbelah di bucu
Bujang terlajak bila nak berbini
Kawan, ada sudah ada cucu

Batang balak dibuat jenang
Batang jati dibuat palang
Bujang terlajak bila nak meminang
Yang menunggu nanti kecundang

Batang balak dibuat perahu
Bahagia kuala keladak melulu
Bujang terlajak baru tahu
Segan bila diajak bertemu

Balang retak sudahlah pecah
Gagak asing melanda melulu
Bujang terlajak serba salah
Emak bising tak ada menant

Batang balak melulu dari hulu
Nyaris bertemu anjung istana
Bujang terlajak termangu-mangu
Gadis ditunggu tak kunjung tiba





Tiada ulasan:

Catat Ulasan