Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Bujang Terlajak

Pantun Bujang Terlajak

Ini lagi satu golongan yang lambat kahwin sama macam dara
andartu, ini adalah fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebagai manusia biasa memang tidak lepas dari dugaan dan cubaan dari Yang Maha Esa, Tuhan Maha Pencipta.
Kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha menangani semua kemaslahatan hidup kita di dunia yang fana ini, sebagai orang bujang yang telah lanjut usia anda wajiblah berikhtiar mencari
pasangan hidup tetapi janganlah terlalu memilih kerana jika anda
terlalu memilih orang yang anda idamkan mungkin tidak akan datang dalam hidup anda!

Allah SWT juga mengingatkan kita akan perkara ini betapa kita perlu menerima jika ada yang sudi
menerima anda meski pun ada kekurangannya yang tidak berkenan di mata anda tetapi mungkin ada hikmah di sebalik kekurangan tersebut, hanya Allahlah Yang Maha Mengetahuinya



Lantun melantun kian kemari
Lantun batang bala dimana-mana
Pantun memantun kita di sini
Pantun bujang terlajak nama dibina

Lantun melantun kian kemari
Silap lompat lekat kaki
Pantun mmemantun kita di sini
Harap cepat dapat isteri


Balang retak sampai kat sini
Elok dibiar tak guna lagi
Bujang terlajak ramai sekali
Sebuk belajar lupa beristeri

Batang balak batang jerami
Mula dibeli dari Bali
Bujang terlajak tak kahwin lagi
Bila nak beristeri tak tahu lagi

Batang balak turut diniaga
Bersih sendiri larat sekali
Bujang terlajak lanjut usia
Maseh mencari setakat ini

Batang balak dibuat rakit
Memaku bendera di sebelah sana
Bujang terlajak bukan sedikit
Berlaku kerana peredaran masa

Batang balak perlu diselia
Tentu berharga bila dijaga
Bujang terlajak selalu berusaha
Membantu keluarga perlu diutama

Balang retak sesama sendiri
Akibat jatuh setelah dibeli
Bujang terlajak lama menyendiri
Berat jodoh itulah terjadi

Balang retak dingin sekali
Setelah lama dibiar di malam hari
Bujang terlajak ingin beristeri
Entah bila tercapai hajat di hati

Batang balak beringin diberi
Kuda padi tak sepadan menghela
Bujang terlajak ingin beristeri
Ada yang sudi tak berkenan pula

Balang retak banyak sekali
Cawan pula terbelah di bucu
Bujang terlajak bila nak berbini
Kawan, ada sudah ada cucu

Batang balak dibuat jenang
Batang jati dibuat palang
Bujang terlajak bila nak meminang
Yang menunggu nanti kecundang

Batang balak dibuat perahu
Bahagia kuala keladak melulu
Bujang terlajak baru tahu
Segan bila diajak bertemu

Balang retak sudahlah pecah
Gagak asing melanda melulu
Bujang terlajak serba salah
Emak bising tak ada menantu

Batang balak melulu dari hulu
Nyaris bertemu anjung istana
Bujang terlajak termangu-mangu
Gadis ditunggu tak kunjung tiba




Tiada ulasan:

Catat Ulasan