Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Andartu


eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Andartu

Pantun ini saya karang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, pantun ini hanya sebagai hiburan sahaja. Saya mengenengahkan perkara ini mungkin ada manfaatnya bagi menambah pengetahuan kita tentang topik ini.

Di bawah adalah petikan yang saya kutip dari sesawang UPIM, terima kasih UPIM (Unit Pendidikan Islam Dan Moral)

"Masalah lambat berkahwin di kalangan wanita berkerjaya di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15-19 tahun lebih kurang 97 peratus dan ia menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih (jendelahikmah05.blokspot.com). Keadaan ini dapat dilihat melalui Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 dan statistik umur minimum perkahwinan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1980, umur minimum bagi seorang wanita berkahwin ialah 23.5 tahun, telah meningkat pada tahun 1991 iaitu 24.7 tahun dan semakin meningkat lagi pada tahun 2000 iaitu 25 tahun (Banci Penduduk 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia). Oleh itu seorang wanita yang sudah mencapai umur 27 tahun tetapi masih belum menemui jodoh akan dianggap sudah terlewat untuk berkahwin (Haslina Hassan & Ann Wan Seng 1995: 1)."

Dan petikan artikal dari sesawang http://ariahjudah.blogspot.my/2012/12/700-000-andartu.html
"Wanita semakin berani berdepan dengan kenyataan. Wanita begitu yakin dengan diri mereka. Sebab itu lebih 700,000 wanita di negara ini dikatakan bergelar andartu atau andalusia tidak menakutkan para wanita masa kini. Biar pun keadaan ini pernah menjadi kerisauan ibu bapa tetapi disebabkan peredaran zaman yang telah menyaksikan wanita moden tidak gentar dengannya. Malahan wanita lewat kahwin atau tidak berkahwin tidak menghantui mereka."


Lantun melantun kian kemari
Lantun senyap tak disedari
Pantun memantun kita di sini
Pantun diharap penyejuk hati

Lantun Melantun kian kemari
Lantun batu tidak semena-mena
Pantun memantun di laman ini
Pantun andartu diberi nama




Gula batu disukai di sini
Untuk dibakar bersama roti
Dara andartu ramai sekali
Sebuk belajar lupa bersuami


Gula batu gula buatan
Sepah sebalik pohon dedalu
Dara andartu dara pingitan
Wajah cantek semua pun tahu


Gula batu dari chini
Gula berharga payah dicari
Dara andartu suci dan murni
Menyara keluarga itulah ditekuni


Gula batu cermai dan cuka
Sireh juga sejenis makanan
Dara andartu ramai yang suka
Pileh saja mana yang berkenan


Gula batu dibalun remaja
Hirup kopi lain dibuang
Dara andartu tekun berkerja
Hidup senang tapi seorang


Gula batu di Pekan Seputeh
Gula keras jangan ditelan
Dara andartu jangan memileh
Rupa paras bukan ukuran


Gula batu sudah disukat
Semuanya perlu dibuat segera
Dara andartu sudah diikat
Hanya menunggu hari bahagia

Gula batu budak-budak sukai
Bagi sepuluh letak kat sini
Dara andartu tak kahwin lagi
Cari jodoh berat sekali


Gula batu ingin diberi
Suka berbudi selayak yang ada
Dara andartu ingin bersuami
Ada yang sudi tak berkenan pula


Gula batu rendaman tadi
Inti dimayang agar berseri
Dara andartu idaman hati
Tapi sayang sukar didekati


Gula batu gula Melaka
Diberinya pengat bahagi tiga
Dara andartu anak dara tua
Dirinya suci amat berharga


Gula batu puteh warnanya
Seri sulaman jua direka
Dara andartu cantik mempersona
Jadi idaman semua jejaka


Gula batu dimakan selalu
Buang satu di hujung timba
Dara andartu sakan menunggu
Orang ditunggu tak kunjung tiba


Gula batu satu persepuluh
Semua bahan sudah disukat
Dara andartu bertemu jodoh
Semuga bertahan ke akhir hayat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan