Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Boleh Tahan


eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun Boleh Tahan


Boleh tahan, apa yang boleh tahan? Ala biasalah, kalau ada
mata tentulah boleh memandangkan ha... bila dah terpandang
yang cantik pada mata lelaki kepada wanita ke gadis ke atau
mak janda ke ha, itulah yang terkeluar dari mulut sang bedal yang menggatalkan?
He he hee. Gurau, jangan marah aa..

Namun boleh tahan juga mungkin bermaksud rasa makanan
atau mungkin rasa minuman dan mungkin perkataan ini untuk
menyatakan tentang layanan mesra rakan yang dikunjunginya
atau mungkin memperkatakan besarnya rumah dia atau
cantiknya rumah dia, boleh tahan juga mungkin untuk
memperkatakan tentang kuatnya tenaga seorang yang
disangka tak kuat atau seorang warga emas yang masih
bekerja keras macam orang muda atau apa apa jelahh.


Lantun melantun kian kemari
Lantun perlahan sama sekali
Pantun memantun kita di sini
Pantun boleh tahan nama diberi

Lantun melantun kian kemari
Lantun lambat tapi tiba
Pantun memantun kita di sini
Semuga menambat hati ceria



Berdetiknya di dada telahan menduga
Tadi perasan benak berkata
Cantiknya Mak Janda boleh tahan juga
Tapi jangan nak menggatal pula

Petik bidara di dahan tiga
Bagi diguna budak belanda
Cantiknya si dara boleh tahan juga
Tapi si teruna takut nak mencuba

Toreh bukan persis membelah
Tapi tak luka lama dibedah
Boleh tahan gadis sebelah
Tapi keluarga tak suka si Bedah

Pembatalan majlis sidang petang
Bahan bertulis diaju sudah
Kumpulan gadis sedang bersembang
Boleh tahan juga gadis baju merah

Kebetulan ditulis sedang terbayang
Penanya berbaris kurang menolong
Kumpulan gadis sedang bersembang
Boleh tahan juga gadis bertudung

Belahan jiwa muda membias
Makin selidiki bertambah misteri
Boleh tahan juga si janda berhias
Ingin miliki tapi dah ada isteri

Belahan jiwa saudara sepupu
Makin meremang si ulat bulu
Boleh tahan juga si gadis andartu
Ingin meminang harap setuju
Becak melanda dari telaga
Tadi ditimba satu kolah
Kacaknya duda boleh tahan juga
Tapi si janda malu nak meluah

Halia berperanan pembuka selera
Telahan ini hanya menduga
Dia berkenan pada si teruna
Termakan budi boleh tahan juga

Pantulan suara datang bercabang
Belahan senja di ambang petang
Kumpulan dara sedang bersembang
Boleh tahan juga pemuda dipandang

Bidara terjuntai di balik tiang
Dahannya pula dihempap palang
Dara mengintai dibalik lobang
Boleh tahan juga pemuda bertandang

Bola kawan mula lawan menerpa
Mara bermula berpasang-pasangan
Boleh tahan juga kawan bapa
Dara mula berangan-angan

Mara setapak biar waspada
Perlahan menduga bagi menepis
Dara terserempak dengan si dia
Boleh tahan juga bisik si gadis

Setelah ditemuduga pulang diajak
Cara menatap sepenuh hati
Boleh tahan juga si bujang terlajak
Dara berharap jodoh mendekati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan