Jumaat, 12 Februari 2016

Pantun Ala Mamak

Pantun Ala Mamak


eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun ini mungkin ada kelainan sedikit dari pantun-pantun terdahulu, tujuan saya mengarangnya adalah kerana saya teruja dengan sambutan yang mereka dapat dari penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Walau pun kedai makan atau restoran mereka saling berhampiran namun pelanggan yang mengunjungi restoran mamak ini tetap seimbang dan mampu beroperasi 24 jam sehari tanpa henti! Apakah rahsia mereka? Jika kedai makan atau restoran melayu pelanggannya hanya orang melayu sahaja dan jarang sekali terdapat bangsa lain yang makan di restoran melayu, akan tetapi jika restoran mamak pelanggannya dari berbilang bangsa dan kaum dari bangsa Melayu, China dan India boleh dilihat menjamu selera di restoran mamak.

Saya rasa orang melayu patut belajar dari mereka bagaimana mengekalkan pelanggan sedia ada dan menambahkan pelanggan baru dan orang melayu mungkin boleh menjadi tauke atau pemodal kepada restoran makanan mamak dengan menggajikan orang india sebagai tukang masak dan pelayannya, betul tak?




Lantun melantun kian kemari
Alamak, bini aku mana ni?
Pantun memantun kita di sini
Mamak, roti satu kuah kari

Lantun melantun kian kemari
Lantun batu budak berlari
Pantun memantun kita di sini
Pantun dituju mamak semua sekali



Bunyi kasut keletak keletuk
Makwe pulang dari kerja
Bunyi perut berdebak berdebuk
Sendawa, orang kasi belanja

Alamak alamak makk..
Milo tarak gula kasi cepatlah
Ala mamak ala mamak makk..
Engko kira ada betulkah

Kasi pileh sama itu baju
Kerusi dilerai sudah bagi satu
Kasi teh tarik satu
Roti canai kuah kari satu

Dia lari lintang pukang
Benggali jaga sangat berang
India mari bawa wang
Sini berniaga banyak peluang

Sampai pinggan pulang segan
Banyak ikan banyak dipesan
Ramai pelanggan sedang makan
Mamak melayan tak menang tangan

Pet pet pet pett..
Mamak bermotor menjual roti
Pet pet pet pett..
Mama menjual bertukar ganti

Dodol dah masak bagi si polan
Pandai menjaga mesti diamalkan
Cendol dan rojak di tepi jalan
Ramai juga yang berhenti makan

Restoran mamak banyak juga
Kanan ada kiri pun ada
Pesan nasi lemak lanyak laksa
Telan apa juga ada di meja

Bini sampai satu keluarga
Misti pakai moto sepeda
Roti canai satu juga
Kasi banjir sama dia

Meja ada empat juga
Tukar beli harga rendah
pekerja semua impot juga
Bayar gaji lebih murah

Pelan tiang dalam diselia
Tidak juga semua dapat dicam
Restoran siang malam berjaga
Mamak berniaga dua puluh empat jam

Besi bundar si besi waja
Letak sini dilebur semula
Nasi kandar mula-mula berniaga
Mamak kini ada restoran dua tiga

Malu bersandar pusing menyangkung
Kerusi roda tak banyak disediakan
Dulu berkandar keliling kampung
Kini dah ada banyak cawangan

Kaldai lain balun pegaga
Semak mengenai sudu tembaga
Kedai kain pun ada juga
Mamak kuasai ilmu berniaga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan