Khamis, 11 Februari 2016

Pantun Rakyat 1Malaysia

Pantun Rakyat 1Malaysia



eBuku MyPantun hanya RM 9.90 SAHAJA!

Pantun 1Malaysia atau nama asalnya Pantun Rakyat Malaysia adalah dikarang untuk memberi kesedaran kepada takyat betapa pentingnya kita sebagai rakyat yang
bertanggungjawab memelihara keamanan dan kepentingan hidup bersama bukan saja untuk kita bahkan untuk anak, cucu, cicit dan piut dan seterusnya seluruh keturunan kita
yang akan kita tinggalkan!

Ketahuilah sebagaimana dalam urusan agama kita tidak boleh asal nama dan keturunan kita islam dan beribadah terutamanya solat asalkan solat tetapi kita wajib belajar dan mengulangkajinya setiap ada kesempatan begitulah juga sebagai rakyat kita wajib mentaati pemerintah demi
kesejahteraan dan keamanan negara kita juga berlandaskan ilmu agama yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw sejak 1434 tahun yang lalu, mungkin anda bertanya bagaimana
cara hendak jadi rakyat yang bertanggungjawab sesuai dengan peraturan Allah dan RasulNya?

Mari kita semak semula apakah sikap Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a dalam
mentaati dan mematuhi Khalifah Othman bin Affan r.a meskipun beliau
dihasud oleh mereka yang tidak suka dengan pemerintahan Khalifah Othman
supaya memberontak dan mengambil aleh kuasa pemerintahan dari Khalifah
Othman r.a. dan juga oleh Imam Ahmad Rahimullah dan Imam Syafie
Rahimullah yang tetap taat kepada pemerintah masing-masing meskipun
mereka dipenjara dan diseksa kerana enggan mengiktiraf fahaman sesat
pemimpin mereka, inilah sikap yang wajib kita ambil dari mereka dan
amalkan dalam usaha menjadi rakyat yang tahu berterima kasih dan
bertanggungjawab.
Banyak dalil-dalil yang sahih dari al Quran dan hadis Nabi SAW yang
memerintahkan kita supaya taat kepada pemimpin kita antaranya, Allah
SWT berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada ulil amri
(pemimpin) di antara kamu" dari hadis riwayat Ibnu Abbas, ia berkata Ayat
ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin Adi As-
Sahmi yang diutus Nabi SAW dalam satu pasukan perang, dan hadis riwayat
Abu Hurairah r.a. ia berkata dari Nabi SAW beliau bersabda" Barang siapa
yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang
menderhakai perintahku, maka berarti ia telah menderhakai Allah. Barang
siapa yang mematuhi pemimpin berarti ia telah mematuhiku dan barang siapa
yang menderhakai pemimpin berarti ia telah menderhakaiku"(HR: Muslim)
dan banyak lagi firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW mengenai kewajipan
rakyat mentaati pemimpin. Inilah cara amalan baik yang dilakukan oleh para
sahabat Nabi SAW mahupun Imam-imam besar dan para ulama salaf us
soleh.

Allahuaklam

Lantun melantun kian kemari
Lantun usia tanda dekat mati
Pantun memantun kita di sini
Pantun 1Malaysia semat di hati

Lantun melantun kian kemari
Lantun gayat kerana tinggi
Pantun memantun kita di sini
Pantun menggiat Malaysia ditaati



Semua ruang padat dan penuh
Pasarana dicadang akan disentuh
Guna peluang manfaat sepenuh
Mana yang kurang jangan dicemuh

Bukit pusing di sebelah sawah
Petik peria beri pada Mamat
Sakit dan pening janganlah susah
Kelinik 1Malaysia memberi khidmat

Petang hari pada selasa
Sidai kain basah perahan sidia
Barang dibeli harga semasa
Kedai 1Malaysia memudahkan kita

Besah dan Gayah menyalin semula
kerana tujuan kerja biarlah cermat
Bersusah payah pemimpin berusaha
Menjana kemajuan negara itulah matlamat

Sampai usia puluhan budak remaja
Lagak bersembang bukan mengada
Kedai 1Malaysia kemudahan untuk semua
Banyak barang dan pilihan ada disedia

Mengurus segala perkara diteraju
Susun atur bersama dari segala segi
Menjurus kepada negara maju
Tahun 2020 tak lama lagi dimasuki

Jalan-jalan cari makan
Nasi lemak pilihan utama
Pelan-pelan sudah disediakan
Bagi disemak dan majukan segera

Mencukur kepala kerana alah
Mungkin bersua masa di kuliah
Bersyukur kita kepada Allah
Pemimpin kita semua bertauliah

Bersua giat Najib memacu
Demi menggapai usaha menyatu
Semua rakyat wajib bersatu
Bagi mencapai negara maju

Roti canai makanan semua
Nasi lemak ramai peminatnya
Demi mencapai wawasan kita
Mari beramai menggiatkannya

Banyak garam minyak dan asam
Mungkin sedap tak harus rasa
Banyak ragam banyaklah resam
Pemimpin tetap tak putus asa

Berjaya bukan hanya perlu yakin
Bantulah minda menggiat diri
Kita jayakan bersama pemimpin
Itulah tanda nikmat kita syukuri

Suapan makin dapat dibasmi
Makin nyata dari bawah hingga tertinggi
Kewajipan pemimpin amat teruji
Pemimpin kita sudah tepati janji

Ingatlah jatuh kita jatuh bersepai
Tertujah senjata tikaman berbisa
Ingatlah musuh sentiasa mengintai
menjajah kita itulah keazaman mereka

Kelalaian kita mudah dimamah
Usahlah sengketa nanti terbakar
Keamanan negara usah dimusnah
Sejarah Melaka jadikan iktibar

Padah ditadah mendakap sesalan
Diri binasa perang ajak bertikai
Usah mudah terperangkap hasutan
Mari kita jadi orang bijak menilai

Sunami melanda di sebelah sana
Galak perebutan kuasa antara punca
Demi masa depan anak dan cucu kita
Elak dari hasutan pengkianat durjana

Selenggara nyata pemangkin dituju
Menyelia semakin tidak melulu
Negara kita semakin maju
Usaha pemimpin sejak dahulu

Buat sahaja sendiri lebih selesa
Aleh meja sebelah sana
Lihat sahaja pemuda pemudi kita
Memileh kerja itulah tanda

Haluan kelisa satu diminta
alasan menyedia tempat pelihara
Penyatuan bangsa itu diusaha
Gagasan 1Malaysia matlamat kita

Segera kita menyalin baju
Basah kerana hujan batu
Negara kita semakin maju
1Malaysia sama membantu

Berilah pertanda selama menyalin
Kebebasan melulu perlu dicatu
Marilah kita bersama pemimpin
Gagasan 1Malaysia bersama kita tuju

Perasaan segera malu bersua
Tertip saudara menyaksikannya
Wawasan negara maju 1Malaysia
Najib usaha merealisasikannya

Perlu usaha bukan hanya bertanya
Kata disisip turut bersama-sama
1Malaysia menampakkan jalannya
Kita wajib ikut serta menjayakannya

1Malaysia semua dah tahu
Gagasan kerajaan yang amat jitu
Mari bersama kita membantu
Menjadikan kenyataan rakyat bersatu

Seluruh dunia mengenali kita
Gagasan 1Malaysia turut dikemuka
Patuh kita selagi diminta
Balasan usaha turut dinyata

Alasan berusia bukanlah cara
Seakan nyata semua mengaku
Gagasan 1Malaysia bukan untuk kita saja
Bahkan juga untuk anak dan cucu

Jika sudah dapat apa dihajat
Berusaha hargainya supaya selamat
Harga murah untuk rakyat berjimat
1Malaysia kedainya merata tempat

Arus perdana tujuan disegera
Pemimpin kita terus berusaha
Terus menjana kemajuan negara
Pemimpin kita semua berwibawa

1MDB pembina bersiri
Kemajuan pasarana demi rakyat
1MDB nama diberi
Tujuan menjana ekonomi rakyat

1 acara 1 bangsa 1 cita 1 usaha
Tertip bersungguh ramuan tepat kita
1Negara 1bahasa 1suara 1Malaysia
Wajib patuh dan tumpuan taat setia

Upaya pemimpin yang kita pilih
Kebenaran segera dapat diraih
Kepada pemimpin kita berterima kasih
Kemakmuran negara berjaya diagih

Bukan mudah berjaya usaha sendiri
Sudah banyak bantuan diberi
Barangan murah di serata negeri
Sabah dan Sarawak tidak terkecuali

Perpaduan sehat segalanya dan terutama
Demi mejana cita-cita wawasan
Perpaduan rakyat perkara utama
Mari bersama kita jayakan

Pengkhianat dan petualang intai peluang
Menghancur negara itulah dicita
Koperat dan pengilang membekal barang
Penganjur pula melaksana dengan jaya

Perpaduan semua adalah yang utama
Demi mendakap hati sesama
Keperluan negara ialah kerjasama
Bagi memantap ekonomi negara

Pasarana giat diagih seluruh negara
Tumpu segala untuk rakyat semuanya
Dana rakyat 1Malaysia diagih segera
Membantu mereka yang memerlukannya

Intisari warga tentulah bersatu
Keperluan rakyat itulah dimaju
Aspirasi negara maju itulah dituju
Kesepaduan rakyat itulah dipacu

Klinik rakyat 1Malaysia membanggakan kita
Memberi khidmat bandar dan desa
Menjana kesihatan untuk semua
Demi rakyat sehat dan sentosa

Sumber 1Malaysia rakyatlah sebenarnya
Lebih memberi makna dan jati diri
Komputer 1Malaysia antara barangannya
Boleh didapati di serata negeri

Starhill di bukit bintang
Juga jadi pusat tumpuan orang
Mustahil kejayaan ditatang
Jika rakyat tidak keruan menentang

Bukan maksud menjadi pejuang
Hajat dan niat meleburkan kita
Jangan terhasud oleh petualang
Niat jahat menghancur negara

Lembah samarahan jadi kenangan
Bayang menjelang berdiri sejajar
Bertambah kemudahan dan kesenangan
Yang mengenang budi itulah wajar

Jadi padi sipadi malinja
Ditanak nasi harum baunya
Jati diri mesti diusaha
Semak menyelideki seupayanya

Niat dibetulkan huraian disamakan
Jangan bersekutu dengan sisyaitan
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Slogan jitu untuk rakyat sekelian

Supaya bertemu Najib bersama
Pemimpin kita yang dihormat
Budaya ilmu wajib diusaha
Bukan hanya dunia bahkan untuk Akhirat

Upaya selami kata bersahaja
Intai empunya siapakah dia
Budaya tepati masa wajiblah ada
Sampai waktunya telah bersedia

Berelusi berjaya mencari idea
Bersungguh sakan sampai nyata
Berenovasi berusaha berkerjaya
Penuh keyakinan menggapai cita

Acuh tak acuh jangan diamal
kecuh mengecuh itu memual
Sungguh bersungguh itu diamal
Patuh dan setia itulah amal

Wawasan 1Malaysia wawasan bersama
Upaya kita tetap gagah melaksana
Gagasan 1Malaysia gagasan bijaksana
Budaya kerja mantap itulah dibina

Semua telah diamanatkan pemerintah
Memberi peluang rakyat melaksana
Semuga Allah selamatkan Malaysia
Dari petualang yang durjana

Kedai 1Malaysia hampir menyeluruh
Barangan runcit dan keperluan dapur
Jana wang berjimat sakan diasuh
Barangan ada yang harga separuh

Pandai berusaha bentuk kuat kerja
Menggapai kemenangan kita usaha
Kedai 1Malaysia untuk rakyat jua
Pelbagai barangan ada disedia

Bunga selasih diatas pangkin
Simpuh si dara memakai hiasan
Berterima kasih kepada pemimpin
Bersungguh menyedia pelbagai kemudahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan