Pantun Luahan
Pantun luahan ini saya karang berdasar kepada kekurangan dankelemahan serta keinginan manusia yang menghadapi kesulitan
dalam mendapatkan apa yang menjadi idaman untuk dimiliki dan
dijadikan kenyataan dari apa yang diimpikan, apabila harapan atau
impian ini menjadi nyata maka rianglah hati dan cerialah hidupnya
serta merasa puas dengan pencapaian yang dikecapinya tapi jika
sebaliknya maka kecewa dan hampalah perasaannya!
Sudah lumrah manusia yang mudah terpesona dengan apa yang
dilihat atau yang dimiliki oleh orang lain yang menarik hatinya dan
lantas berkeinginan untuk memiliki juga apa yang dilihat olehnya
itu, namun menjadi sunnah Allah SWT untuk memberi kepada
sesiapa yang hendak diberiNya atau tidak memberi kepada sesiapa
yang dikehendakiNya, maka berbahagialah orang yang Allah swt
pileh untuk menerima apa yang dihajatkan dan bersyukurlah
kepada kurniaan tersebut tapi janganlah berputus asa jika tidak
mendapatkan hajat di hati kerana kita senantiasa diuji Allah SWT
baik dalam menikmati kesenangan atau menghadapi kesukaran
dalam kehidupan di dunia ini!
Lantun melantun kian kemari
Lantun perlahan mula terjadi
Pantun memantun kita di sini
Pantun luahan nama diberi
Lantun melantun kian kemari
Upaya lantun tepat sekali
Pantun memantun kita di sini
Supaya pantun memikat hati
Petang Raya pasang pelita Orang kata khurafat dibuat juga Alangkah gembira masa bercinta Malangnya ribut datang melanda Nampak ceria tidaklah walang Tindak hebat lambangkan riang cantiknya dia tidak kepalang Hendak mengurat bimbangkan orang! Tanam pinang rapat-rapat Biar senang puyuh berlari Kalau dipinang tak dapat-dapat Bawa wang penuh selori? Dara naik teratak Aki Sambil letak rambai sekati Cara baik dia tak bagi Ambil pulak tak sampai hati! Senget topi hendak berbisik Sembang tidak memandang membelek Hajat di hati hendak merisek Bimbang pulak orang mencemik! Mentua sendiri tak patut dirasuk Tidak senang esuk memujuk Dua hati bertaut kusyuk Hendak meminang ditunjuk penumbuk! Dingin berjalan patut tak selesa Buat-buat bersahaja nampak muka Ingin berkenalan takut tak suka Terkulat-kulat apa nak kata Rambutan kahwin patut diairi Cara mengimbang elok difikiri Jemputan kahwin takut nak hadiri Kerana bimbang syok sendiri Doronglah budak menjamu nasi Sama memimpin elak lari Tolonglah mak anak mu ini Lama teringin nak berbini Bantai saja apa peduli bukanya selalu persinggahan ini Mengintai dara ke sana ke mari Rasanya aku tak tahan lagi Nanti dulu tahan orang Karang mengganggu senyum kurang Hati merindu bukan kepalang Orang ditunggu belum menjelang | Gaduh gaduh tidak hanya rasa Hirup kari malu tak kira Aduh aduh tak tahannya siksa Hidup sendiri aku tak kuasa Kenapalah benak menghinari ceria Rindu menganggu usai dijiwa Bilalah tiba hari bahagia Aku menunggu bagai nak gila Gerangan amat kerap menduga Mengapalah bayang selalu disua Bayangan nikmat hidup berdua Datanglah sayang padaku jua Terdorong melayang hampirlah tumbang Mengangankan si buah hati ku sayang Tolonglah sayang tolonglah abang Jangan kecewakan hati ku seorang Pelawak hitam namanya Maidin Bukan kelakar cuma eksyen Macam mana nak jadi pengantin Dalam kocek tak ada sen Petang Raya merebus ketupat Kerana ghairah jatuh terpesuk Macam mana nak kaya cepat Dengan tak payah menumbuk rusuk? Derap punyalah derap Sedang tayang kasut baru Harap punyalah mengharap Ulang tayang episod dulu! Buah betik sibuah rambai Untuk dihidang tetamu yang datang Kalau kocek selalu pokai Bagaimana nak pikat orang tersayang? Apa ada di dalam guni Harum baunya tidak terperi Hajat hati hendak berbini Tapi sayang tiada yang sudi Berhari Raya di Kota Tinggi Kunjung mengunjung adat lebaran Hantaran belanja semakin tinggi Bagaimana cara hendak buat hantaran?. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan