Rabu, 10 Februari 2016

Muka Depan MyPantun


Dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung laman
ini kepada para pengunjung yang saya hormati. Terima
kasih kerana kesudian anda melawat laman saya ini.
Saya harap anda akan terus meneliti isi kandungan
maklumat yang hendak saya kemukakan di laman ini,
kerana di laman ini saya akan cuba sedaya upaya saya
untuk memandu anda melawat laman-laman saya kerana
saya ingin dan berharap agar saya dapat
mempermudahkan anda memileh dan melawat laman-laman
tertentu di laman MyPantun ini.

Di laman utama ini juga saya menyediakan link-link ke laman-laman
lain, seperti laman 1Akidah, laman sosial seperti facebook dan,twitter, laman
perisian-perisian percuma, laman skrip untuk kegunaan
laman anda (webmaster), laman atau perisian permainan
secara islam, laman artikal, Facabook, blog dan
banyak lagi yang akan saya tambah dari masa ke masa!
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli MyPantun untuk memuat
turun samaada perisian-perisian, skrip, ebuku dan sebagainya.

Baiklah kita berbalik kepada pantun, antara pantun-pantun yang
saya sempat sediakan untuk tatapan anda para
pengunjung blog MyPantun. Buat masa ni saya
hanya sempat menyediakan 8 tajuk pantun seperti saya
senaraikan di bawah, insyaAllah saya akan tambah
pantun-pantun yang segar dan bermanfaat dari masa
kemasa, jadi saya harap anda sering-seringlah
kunjungi laman ini untuk pantun-pantun baru.

Antara pantun-pantun yang saya sediakan ialah:-

Pantun Rakyat Malaysia/1Malaysia

Pantun mengenai semangat rakyat Malaysia yang yang cintakan negara
sendiri,petriotik dan menjaga maruah negaranya dari
dicemari oleh kawan dan lawan. Dan sempena kerajaan
kita sedang menjalankan kempen 1Malaysia, marilah
kita sama-sama memberi sokongan yang padu untuk
menjayakannya demi masa depan kita dan anak cucu kita
yang lebih gemilang, mudah-mudahan diperkenankan Allah SAW.
Tahukah anda sesiapa saja mengaku rakyat negara ini wajib baginya
mentaati negara dan pemimpinnya?

Juga menyayangi dan mentaati pemimpin adalah salah
satu tuntutan agama! Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan RasulNya dan taatlah kepada pemerintah dari
kalangan kamu." (An-Nisa':59)

buktinya sila tuntuni kuliah yang disampaikan oleh ulama ini

Pantun Pengantin Baru

Hal ehwal persiapan dan kesibukan bakal pengantin dan sanak
saudara, hai seronok rasanya orang yang bakal
mengadap pak imam, kan? Ada yang rasa dunia ni dia yang punya!.
Nasihat saya kepada keluarga pengantin, berpada-padalah dalam
berbelanja. Jangan sampai bergolok dan bergadai tak elok
tu! Apa yang lebih penting penyatuan kedua mempelai!
Tapi bukan kecil atau besarnya sesuatu majlis itu,
(lebih afdal majlis dibuat mengikut ajaran islam
tanpa kompang dan sanding di pelamin!) betulkan?
Sila semak panduan ini

Pantun Keluarga

Panduan mengenai
tanggungjawap setiap ahli keluarga di dalam menjaga
kerukunan rumahtangga.
Perhatian:
Jika Anda seorang suami, anda seharusnya atau lebih tepat lagi wajib
bagi anda memimpin isteri anda menjurus ke arah
wanita/isteri yang solehah! Ajarlah dia dengan
ilmu-ilmu agama dan ajaklah dia sama-sama mendirikan solat 5 waktu.

Jika anda seorang isteri, wajiblah bagi anda mentaati suami anda tanpa
berbelah bagi lebih-lebih lagi jika suami anda
seorang yang taat kepada Allah SWT. Jangan
sekali-kali anda derhaka kepada suami kerana derhaka
kepada suami, maka nerakalah tempat anda tinggal atau diami

Jika anda seorang anak, wajib bagi anda mentaati kedua ibu dan bapa
anda, jaga dan sayangilah mereka sebagaimana mereka
menyanyangi anda. Jangan sekali-kali anda melukakan
perasaan mereka tapi sebaliknya hendaklah anda
menyukakan hati mereka. Ingatlah sebagai anak kita
tidak mampu membalas jasa-jasa mereka kerana jasa
mereka kepada kita amatlah besar dan tidak mampu kita
membalasnya, tapi kita hanya berpeluang berbakti
dengan berbuat baik kepada mereka dan orang-orang
yang mereka sayangi!
(Tahukah anda? Bahawasanya keluarga kita bukan saja untuk di dunia saja? Bahkan juga kita akan berkumpul semula di Akhirat berdasarkan keimanan dan ketakwaan?).

Pantun Uda Dan Dara

Pantun usik mengusik untuk para remaja kita.
Tahukah anda?
Bahawasanya anda amat disayangi keluarga dan tenaga
anda diperlukan negara? Oleh itu jauhilah dadah dan
semua gejala yang tidak sihat. Ingatlah anda adalah
aset negara dan akan menggantikan pemimpin yang ada!
Alangkah baik jika anak-anak muda meniru pekerti Pemuda Ashabul Kahfi!

Pantun IT Dan Multimedia

Pantun IT dan
multimedia juga saya selitkan sedikit pantun
paradigma (perubahan sikap atau pandangan kita
terhadap bidang IT ini), saya lebih menumpukan pantun
IT ini kearah peluang-peluang yang ada dalam
teknoloji ini.internet ini dapatlah kita mencari maklumat dengan mudah. Selain
itu, kita juga berpeluang mencari pendapatan tambahan
dengan pelbagai cara dan selain itu kita juga
berpeluang untuk menyambung tugas Nabi kita SAW
dengan menyebarkan dakwah (dakwah mengembalikan Umat
Islam kepada ajaran Rasulullah SAW) samaada melalui
perisian-perisian atau pun karangan-karangan sendiri
atau yang telah disediakan oleh saudara kita dari
serata dunia yang boleh kita muatkan di laman web
kita. (Contoh: www.e-fatwa.com, www.al-nidaa.com.my,
al-qayyim.net dan banyak lagi!)

Pendek kata,
jika kita ingin membantu mengembangkan agama Allah
kepada penduduk dunia inilah peluang untuk kita!
Betul tak? Jadi janganlah kita sia-siakan peluang
untuk berdakwah ini! Berbentuk jenaka dan kiasan atau
sindiran, rasanya ramai pasti gelak besar bila baca
pantun ni! Kalau tak boleh gelak nak buat macam
manakan? (Pantun Ria ni tidak ada kena mengena baik
kepada yang masih hidup mahu pun yang telah
arwah,fahamkan?).

Pantun Teka Teki

Berbentuk menduga
akal, tapi saya hidangkan jawapannya sekali sebagai
satu hiburan. Bagi anda yang ingin menyiarkan teka
teki anda atau pantun-pantun lain di MyPantun
bolehlah kemukakan kepada saya di sini, insyaAllah saya akan
menyiarkannya selepas membuat semakan.

Pantun Luahan

Keluhan dan curahan perasaan Ini macam orang yang hajatnya tak kesampaianlah ni! Mengeluh sajalah yang mampu, tapi tak elok mengeluh lama-lama nanti merana, cari dan
usahakan penyelesaiannya, betul tak?.

Perhatian: Saya akan cuba menambah pantun-pantun lain seperti pantun
1Akidah, pantun Bujang Sama Bujang, pantun Ala mamak, pantun cari makan, pantun Andartu, pantun Bujang Terlajak, pantun Lawak Selamba dan lain-lain lagi,
insyaAllah. Sebenarnya selain mengarang pantun, saya
juga ada mengarang cerita Remaja yang saya yakin
boleh memberi manfaat kepada anak-anak kita,
mudah-mudahan inilah doa saya kepada Allah SAW.
Sebenarnya cerita Remaja sesuai dari anak kecil
(peringkat tadika) hinggalah peringkat usia remaja
yang telah lama saya karang tetapi saya maseh belum
berkesempatan menyiarkannya di laman Komuniti
MyPantun, saya akan cuba menyiapkannya secepat yang mungkin insya Allah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan